Skip to main content

Malaysia

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang

61640954194_TBPKPDSABAH.jpg
KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu (22 Januari).

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD tersebut melibatkan kawasan Ladang FELDA Kechau 6 dan Ladang FELDA Kechau 9 sehingga 4 Februari.

Katanya, pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.


Must Watch Video