Skip to main content

Malaysia

PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini

41641303172_PKPD.jpg
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Jan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau juga berkata tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video