Skip to main content

Malaysia

PKPB: Ini SOP di bawah sektor Kementerian Komunikasi Multimedia

41588317855_KKMM.jpg
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) selepas Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Berikut merupakan skop aktiviti yang tertakluk kepada sektor komunikasi, teknologi dan maklumat, e-Dagang dan industri kreatif.

Aktiviti dan protokol:

1. Tindakan pencegahan penyakit & sekatan
  • Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Saringan kesihatan
  • Menyediakan alat saringan suhu badan atau thermal scanner.
  • Melaksanakan saringan bagi mengesan simptom berkaitan COVID-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas setiap hari.
  • Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang / premis.

3. Laporan kesihatan (di premis dan penginapan pekerja yang disediakan syarikat)
  • Laporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku ketidakhadiran pekerja kerana demam atau bergejala.
  • Pekerja yang mempunyai suhu badan 37.5° celcius ke atas atau menunjukkan sebarang simptom hendaklah dirujuk ke Klinik Panel Syarikat atau Klinik Kesihatan yang berdekatan.
  • Pekerja tersebut tidak dibenarkan memasuki premis syarikat.

4. Pembasmian dan nyah kuman premis
  • Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common space) seperti: lobi, lif, kafeteria, bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja, pusat rekreasi tertutup, tandas dan tempat pembuangan sampah.
  • Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis setiap kali sebelum syif atau operasi bermula.
  • Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer/disinfecting kits di pintu masuk, semua kawasan umum (common area) dan tempat-tempat lain di dalam kilang/premis.

5. Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
  • Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
  • Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi dan dilaksanakan khususnya di: kawasan-kawasan seperti production floor, kafeteria / kantin, bilik mesyuarat, surau, dewan serba guna (multipurpose hall) dan lain-lain yang berkenaan.

6. Etika di kawasan umum dalam premis
  • Kemudahan surau dan tempat ibadat dalam premis perlu dikawal dengan amalan dua orang pada satu masa.
  • Operasi kantin / kafeteria hanya dibenarkan untuk penyediaan makanan dan minuman berbungkus.
  • Waktu rehat makan hendaklah dilaksanakan secara berperingkat bergantung kesesuaian yang ditetapkan syarikat.

7. Pengangkutan pekerja
  • Kenderaan pengangkutan pekerja yang disediakan oleh syarikat perlu menjalani proses pembasmian kuman dan nyah kuman setiap kali sebelum digunakan.
  • Penjarakan sosial (secara selang seli) semasa berada dalam kenderaan.
  • Kenderaan persendirian digalakkan untuk disanitasi sendiri oleh pekerja mengikut tatacara yang bersesuaian.

8. Penginapan pekerja
  • Penjarakan sosial hendaklah dilaksanakan di kawasan tempat tidur, tandas, bilik mandi, tempat ibadat, ruang makan dan lain-lain.
  • Proses pembasmian perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan majikan.

9. Tindak balas kecemasan
  • Syarikat perlu mewujudkan Jawatankuasa Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes kecemasan (terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan COVID- 19).
  • Syarikat bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kos saringan dan perubatan bagi pekerja yang didapati positif serta kos saringan bagi kontak rapat di premis yang syarikat yang sama.
  • Kos pembasmian dan nyah kuman di premis perlu ditanggung oleh syarikat.
  • Syarikat perlu menyediakan penginapan alternatif bagi tujuan kuarantin dan kos perlu ditanggung oleh syarikat.
Waktu beroperasi adalah 24 jam manakala waktu kehadiran pelanggan bermula 9 pagi sehingga 6 petang melibatkan 100 peratus kapasiti pekerja.

Must Watch Video