Skip to main content

Malaysia

Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat

81714797729_tbpesawatterhempas.jpg
IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

"Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River," katanya.

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

-- BERNAMA


Must Watch Video