Skip to main content

Malaysia

Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pulau Pinang

61637078002_TBTUDMTERHEMPAS.jpg
BUTTERWORTH: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.

TUDM dalam satu kenyataan malam ini berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.

"Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih," katanya.



Must Watch Video