Skip to main content

Malaysia

Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan

41463466339_PesawatTUDM.jpg
Sebuah pesawat pejuang milik TUDM, Aermacchi MB-339 dilaporkan terhempas di Kampung Serun dekat Nenasi, Pekan Pahang tengahari tadi.

Menurut kenyataan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari  selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.

Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.

Jet berkenaan terhempas berhampiran sawah padi dan kawasan hutan.
Bagaimanapun, juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

"Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi lenting pesawat," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TUDM.

Pesawat mengalami masalah enjin ketika membuat penerbangan latihan.
Pegawai berpangkat Mejar mengalami cedera ringan manakala seorang lagi pegawai berpangkat Leftenan patah kaki.

TUDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan, tambah kenyataan itu lagi.

juruterbang dan juruterbang pelatih TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

Must Watch Video