Skip to main content

Malaysia

Permohonan reman ditolak, Arul dibebaskan petang ini

41398761172_295x200.jpg
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan yang ditahan polis semalam akan dibebaskan sebelum jam 7 petang ini.

Permohonan reman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Arutchelvan, atau lebih dikenali sebagai Arul, telah ditolak majistret Muslina Mohd Jamil selepas mendengar hujah berhubung penangkapannya.

Arutchelvan ditahan di Balai Polis Dang Wangi dipercayai bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di internet  yang didakwa berbaur hasutan berkaitan keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 Februari lalu.

Arul diwakili barisan peguam terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Ambiga Sreenivasan, Latheefa Koya and New Sin Yew.

psm arul bebas
Penyokong Arul berkumpul di hadapan Balai Polis Dang Wangi bagi menyatakan sokongan. -Foto Astro AWANI/Kamarul Ariffin


LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video