Skip to main content

Malaysia

Penduduk gempar jumpa bangkai pesawat di pantai Besut

81453993423_SerpihanPesawat.jpg
Satu objek bersaiz dua meter dipercayai serpihan pesawat ditemui penduduk kampung di Pantai Kampung Benting Lintang, Besut.

Objek yang ditemui pada tengah hari Khamis itu menggemparkan penduduk di kampung berkenaan.

Ia dijumpai terdampar berhampiran pantai berkenaan namun tiada maklumat lanjut diperoleh mengenainya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenainya.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenainya tetapi belum dapat ditentukan kesahihannya.

Katanya, sepasukan polis sudah dihantar ke lokasi bagi memeriksa penemuan berkenaan.

Must Watch Video