Skip to main content

Malaysia

Malaysia-India komited perluas hubungan kerjasama strategik - Ramanan

Ramanan
Ramanan ketika menerima kunjungan hormat perpisahan daripada B.N. Reddy hari ini. - Gambar Facebook Ramanan

KUALA LUMPUR: Malaysia komited memperluas hubungan kerjasama strategik yang kukuh dengan India untuk manfaat bersama, kemajuan ekonomi serantau serta masa depan yang lebih inklusif dan mampan bagi rakyat kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan ketika menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy, yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan diplomatik beliau di negara ini, merakamkan penghargaan atas komitmen itu. 

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan peranan besar beliau dalam memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan India sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Pertemuan ini juga membuka ruang pertukaran pandangan mengenai landskap kerjasama masa hadapan antara Malaysia dan India yang semakin berkembang seiring kedudukan kedua-dua negara sebagai rakan strategik komprehensif,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas pertemuan itu hari ini. 

Ramanan berkata sepanjang tempoh perkhidmatan, Reddy bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengeratkan kerjasama dua hala, malah membina hubungan persahabatan yang penuh hormat dan kepercayaan antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement