Skip to main content

Malaysia

Pembebasan Anwar mungkin 'sedikit lewat' kerana prosedur - Tun Mahathir

61526293505_950x600.jpg
Pembebasan Ketua Umum PkR Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin 'sedikit lewat' kerana proses pengampunan yang perlu diikuti secara undang-undang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun sudah diputuskan, Lembaga Pengampunan Diraja mungkin bersidang lewat sedikit kerana kita ingin mengikut peraturan.

"Janji kita untuk membebaskan Anwar memang diteruskan tetapi prosesnya perlu kita ikuti," katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.



Sementara itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, bahawa beliau juga tidak dapat menjangkakan berapa lama proses itu akan berlangsung.

Namun, beliau positif ayahnya akan mendapat pengampunan dan seterusnya dibebaskan esok.

Must Watch Video