Skip to main content

Hiburan

Piala Dunia: Mbappe, Messi dan Haaland muncul dalam video muzik Dai Dai, Shakira

Kempen Piala Dunia 2026 semakin hangat terasa selepas muzik video lagu tema temasya sukan terbesar dunia itu, Dai Dai yang dinyanyikan Shakira, dilancarkan.
Dirakamkan di Miami, muzik video tersebut diarahkan oleh Hannah Lux Davis. - Gempak

KEMPEN Piala Dunia 2026 semakin hangat terasa selepas muzik video lagu tema temasya sukan terbesar dunia itu, Dai Dai yang dinyanyikan Shakira, dilancarkan.

Dalam visual muzik video berdurasi empat minit itu, peminat disajikan dengan penampilan bintang bola sepak tersohor iaitu Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erlina Haaland yang dilihat masuk ke dalam padang dan melaungkan kalimat ‘we are ready.

Dirakamkan di Miami, muzik video tersebut diarahkan oleh Hannah Lux Davis. Ia antaranya menyaksikan Shakira ‘berada’ di lokasi ikonik bandaraya Mexico sebelum dilihat menari di kawasan padang pasir bersama sekumpulan kanak-kanak Afrika.

Turut kelihatan dalam muzik video yang menampilkan bendera Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 adalah Burna Boy, lapor Yahoo!.

Muzik video itu juga merangkumkan klip daripada piala dunia sebelumnya dengan Shakira ‘memanggil’, legenda-legenda bola sepak seperti Diego Maradona, Paolo Maldini, Romário, Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Kaká.

Dai Dai merupakan lagu kedua nyanyian Shakira sempena lagu tema Piala Dunia selepas meledak dengan Waka  Waka (This Time for Africa) yang dirakamkan pada  edisi World Cup 2010 di Afrika Selatan.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun di Estadio Ezteca di Mexico sebelum 19 Julai berlangsung di MetLife Stadium di New Jersey.Shakira juga dijadual muncul membuat persembahan pada acara separuh masa yang pertama kali berlangsung di Piala Dunia 2026 iaitu Madonna dan BTS. -- Gempak

Must Watch Video

Advertisement