Pemandu teksi yang ditemui berharap pemberian permit teksi individu dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian permit individu dianggap satu berita gembira yang telah lama dinantikan pemandu teksi.
Bagi pemandu teksi, Mohd Idris Muin, pemberian permit tersebut boleh menambah pendapatannya kerana tidak perlu lagi membayar sewa syarikat.
Bagi Tan Song Nam yang juga pemandu teksi pula, dia amat berterima kasih pada pemberian teksi tersebut.
Bagi seorang lagi pemandu, Rajkumar Gopi pula, dia amat gembira kerana permohonannya sebanyak empat kali akhirnya diluluskan.
"Saya amat gembira dapat permit daripada tangan PM, saya dah banyak kali ...empat kali pohon, jadi amat gembira," katanya.
Mereka berharap permit individu dapat ditambah pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pemandu teksi.