Skip to main content

Malaysia

Pekerja kilang maut dihempap forklift

71692753493_TBpekerjakilangmaut.jpg
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang maut selepas dihempap jentera berat di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, Selangor.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah malam tadi.

"Setibanya di lokasi, bomba mendapati seorang lelaki berusia 18 tahun terperosok di bawah forklift.

"Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala.

"Bomba mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun disahkan telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 


Must Watch Video