Skip to main content

Malaysia

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly

41741004151_TBDzulkeflyAhmad.jpg
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan langkah keselamatan ditingkatkan susulan insiden seorang warga emas meninggal dunia di sebuah bazar Ramadan di Baling pada Ahad. 

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian itu menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengurusan bazar supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Andainya berlaku apa-apa kecemasan perubatan ataupun (seseorang) rebah, perlu kita dapatkan cara untuk mendapatkan (bantuan) segera... panggilan-panggilan kecemasan perlu dipaparkan supaya dapat segera dihubungi,” katanya

Beliau berkata semasa Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada ini beliau memberi langkah termasuk memaparkan nombor kecemasan di lokasi strategik serta memastikan pasukan perubatan bersedia untuk bertindak balas dengan pantas.

Beliau juga mengingatkan pengunjung bazar agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan buruk akibat pendedahan kepada cuaca panas.

Pengunjung dinasihatkan memakai topi atau membawa payung, minum air secukupnya, dan mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari.





Must Watch Video