Skip to main content

Malaysia

Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands

81494995513_WoodlandsSingapura.jpg
Sebuah motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika waktu puncak pada petang Rabu dipercayai kerana terlalu panas.

Beberapa klip video mengenai insiden itu tular di media sosial sekitar 10 malam tadi.

Semakan dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengesahkan kejadian itu dan api telah dipadamkan dengan segera.

Lalu lintas di lorong motosikal kembali seperti sediakala, kata ICA sambil menambah pihaknya masih menyiasat kejadian itu.

Foto di media sosial yang dikongsi oleh orang ramai menunjukkan motosikal itu menggunakan nombor plat Malaysia.

-- BERNAMA




Must Watch Video