Skip to main content

Malaysia

Menteri Dalam Negeri Malaysia akan adakan lawatan kerja ke Indonesia

41638278880_ESDSatelliteCenter.jpg
JAKARTA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Jakarta mulai Ahad, menurut kenyataan kementerian itu.

Selain bertemu dengan rakan sejawatannya Muhammad Tito Karnavian, Hamzah dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Tenaga Manusia, Ida Fauziyah dan Menteri Luar, Retno Marsudi.

Beliau kemudiannya dijadual bertemu Menteri Laut dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono selepas pertemuan dengan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Yasonna H. Laoly.

Beliau dijangka mengadakan perbincangan meluas mengenai isu berkaitan dalam bidang kuasanya, kata kenyataan itu.

Beliau juga akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia ketika berada di sana.

-- BERNAMA

Must Watch Video