Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Austria tegaskan komitmen perkukuh kerjasama dua hala

TYT Sepp Schellhorn, Timbalan Menteri Luar Negeri Austria telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 30 April 2026. Semasa lawatan tersebut, Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Negeri telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan TYT Schellhorn. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brunei Darussalam. Perbincangan tertumpu kepada penerokaan bidang kerj
Pertemuan antara Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni dengan Timbalan Menteri  Hal Ehwal Eropah dan Antarabangsa Austria, Sepp Schellhorn. - Foto Facebook Wisma Putra

PUTRAJAYA: Malaysia dan Austria menegaskan komitmen untuk memperdalam kerjasama merentasi sektor utama, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga boleh baharu, teknologi hijau, pendidikan, dan pelancongan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan perkara itu dizahirkan semasa pertemuan antara Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni dengan Timbalan Menteri  Hal Ehwal Eropah dan Antarabangsa Austria, Sepp Schellhorn.

“Perbincangan itu turut merangkumi perkembangan serantau dan antarabangsa semasa yang menjadi kepentingan bersama termasuk hubungan Malaysia - Kesatuan Eropah (EU) serta situasi di Asia Barat,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Austria memandang Malaysia sebagai rakan strategik penting di Asia Tenggara dan rakan sejawat yang amat dihargai dalam memajukan penglibatan ASEAN - EU yang lebih kukuh.

“Austria turut mengiktiraf lokasi strategik Malaysia, ekonomi yang dinamik, serta peranannya sebagai hab serantau bagi perdagangan dan pelaburan, menjadikannya rakan kongsi semula jadi untuk kerjasama berimpak tinggi di rantau ini,” katanya.

Pada 2025, Austria merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota EU.

Jumlah dagangan meningkat sebanyak 43.3 peratus, mencecah RM6.35 bilion (US$1.49 bilion), berbanding RM4.43 bilion (US$0.97 bilion) yang dicatatkan pada 2024.

Sehingga 2025, sebanyak 27 projek dengan penyertaan Austria telah diluluskan, membabitkan pelaburan berjumlah RM49.6 bilion (US$11.5 bilion) dan berpotensi mewujudkan 11,165 peluang pekerjaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video