Skip to main content

Dunia

Aung San Suu Kyi dibenarkan pindah dari penjara ke kediaman ditetapkan

Myanmar's State Counsellor Aung San Suu Kyi arrives at a school in Kawhmu, Yangon, Myanmar, July 18, 2019. REUTERS/Ann Wang/Files//File Photo
Aung San Suu Kyi, bekas Penasihat Negara Myanmar. - Gambar fail/REUTERS

YANGON: Bekas Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Aung San Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan, menurut laporan itu.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video