Skip to main content

Malaysia

Lelaki dakwa emas lebih RM225,000 ditebus semula palsu

fotoBERNAMA
Polis menerima dua laporan daripada pemilik emas dan pembeli surat pajakan itu pada 10 Mac. - Gambar hiasan

CHERAS: Dua lelaki tempatan mendakwa emas bernilai kira-kira RM225,530 yang ditebus semula dari sebuah premis pajakan di Sungai Besi, di sini palsu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima dua laporan daripada pemilik emas dan pembeli surat pajakan itu pada 10 Mac. 

Beliau berkata pengurus premis pajakan itu juga membuat laporan polis pada 11 dan 13 Mac bagi menafikan dakwaan tersebut. 

“Siasatan mendapati pengadu menggadaikan 19 gold bar antara 28 Julai hingga 3 Sept 2025 sebelum mendakwa emas yang ditebus palsu pada 10 Mac,” katanya. 

Mohd Rosdi berkata laporan utama telah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan aspek pelesenan dan penyelarasan operasi premis itu di bawah kawal selia BNM. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video