Skip to main content

Malaysia

Lelaki cedera khemah jual mercun terbakar di Lenggong

Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan gerai mercun berhampiran Dataran Lenggong, Lenggong pada Jumaat. Foto JBPM Perak
Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan gerai mercun berhampiran Dataran Lenggong, Lenggong pada Jumaat. - Gambar JBPM Perak

IPOH: Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun musnah terbakar dalam kejadian di Dataran Lenggong di Lenggong, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer.

"Kebakaran melibatkan empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi setiap satu musnah terbakar kira-kira 90 peratus dan melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.56 petang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video