JOHOR BAHRU: Satu insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori tangki dilaporkan berlaku di KM40.6 arah utara, antara laluan Kulai ke Sedenak pada Selasa dan menyebabkan semua lorong terhalang.
Menurut laporan dari laman X @plustrafik, keadaan trafik mula sesak sejak jam 12.30 tengah hari dengan kenderaan tidak bergerak sehingga lima kilometer.
Status pada jam 1 tengah hari menyatakan trafik masih terhenti sejauh sembilan kilometer dan semua lorong arah utara masih ditutup.
13:23hrs Status terkini, semua lorong arah Utara masih ditutup. Trafik dilencong keluar ke Plaza tol Kulai. Trafik terhenti 10Km. Mohon beri laluan kepada petugas kecemasan ke lokasi kemalangan. Patuhi arahan petugas dilokasi. Sila guna laluan alternatif keluar ke Plaza tol… https://t.co/k25pNBMpsU pic.twitter.com/sOnq8XdwJW
— plusline1800880000 (@plustrafik) March 31, 2026
Status terkini pada jam 2.44 memaklumkan lorong kiri telah dibuka sementara manakala lorong kanan masih ditutup untuk kerja pengalihan dan pembersihan. Trafik sesak sepanjang 7 kilometer.
14:44hrs Status terkini, lorong kiri telah dibuka sementara manakala lorong kanan masih ditutup. Kerja - kerja pengalihan pengalihan & pembersihan masih dijalankan. Trafik sesak 7Km. Guna laluan alternatif. Harap maklum.@llminfotrafik https://t.co/RpZRnTYei5 pic.twitter.com/6yiAW3TIKg
— plusline1800880000 (@plustrafik) March 31, 2026
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberi laluan kepada petugas kecemasan yang berada di lokasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Pemandu juga digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.
Maklumat terkini dan status trafik boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik di https://x.com/plustrafik.
Dalam pada itu, pengesahan sedang diperoleh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai. -Sinar Harian