Skip to main content

Malaysia

KPDN guna kaedah penyamaran, pegawai preman pantau stesen minyak

PUTRAJAYA, 12 Mac -- Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam bercakap kepada Bernama ketika ditemubual di pejabatnya baru-baru ini.  KPDN memperketat penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak diseleweng oleh mana-mana pihak.  Harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi s
Azman (foto) berkata langkah memperketat penguatkuasaan itu adalah bagi membanteras penyelewengan petrol bersubsidi di seluruh negara. -Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: "Zaman pengkhianatan subsidi sudah berakhir."

Itu penegasan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, susulan langkah memperketat penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan petrol bersubsidi di seluruh negara.

Beliau berkata, selain pemeriksaan mengejut, pegawai penguat kuasa KPDN berpakaian preman akan ditempatkan secara berkala di stesen minyak mulai Rabu ini bagi memperkukuh pemantauan.

Menurutnya, penyamaran itu akan dilaksanakan pegawai dari unit risikan sebagai sebahagian daripada strategi mempertingkat keberkesanan penguatkuasaan di lapangan.

"Dalam melaksanakan pemeriksaan dan siasatan, kita menggunakan beberapa kaedah termasuk penugasan pegawai berpakaian seragam penuh serta anggota unit risikan yang menjalankan pemantauan secara penyamaran.

"Pendekatan ini bagi memastikan undang-undang yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya, selain mengelakkan sebarang cubaan untuk mencabar atau mengingkari peraturan," katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Jumaat.  

Tambah Azman, KPDN turut memperkukuh kaedah risikan dengan mendapatkan maklumat daripada sumber tertentu selain melaksanakan analisis 'desk intelligence' bagi mengenal pasti stesen minyak yang perlu diberi tumpuan.

"Melalui maklumat risikan ini, kita dapat menentukan lokasi berisiko dan memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih berkesan,” katanya.

 

Must Watch Video