Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Malaysia dan Singapura sambut baik gencatan senjata sementara

Spoke with Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday, shortly after arriving in China. We had a constructive exchange on the latest developments in the Middle East — including the risks of escalation, its impact on global oil supplies, and how we can do more to safeguard our peoples’ livelihoods and regional stability — both bilaterally and through ASEAN. Singapore and Malaysia will continue to coordinate closely on issues that matter to both our countries.
Anwar berkata, kesepakatan itu dicapai melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bagi membincangkan perkembangan terkini konflik tersebut.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura menyambut baik gencatan senjata sementara melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel serta Lubnan susulan konflik Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata kesepakatan itu dicapai melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bagi membincangkan perkembangan terkini konflik tersebut yang kesannya semakin menghimpit rantaian tenaga dan bekalan dunia termasuk di rantau ini.

"Saya tegaskan keperluan mendesak untuk semua pihak menyokong penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan,” katanya dalam hantaran di Facebook malam Isnin. 

Anwar berkata pada masa sama, Malaysia menegaskan kepentingan mengekalkan kebebasan dan keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga menyokong usaha diplomatik yang sedang digerakkan termasuk peranan Pakistan dalam membuka ruang dialog.

Menyentuh mengenai isu tenaga, beliau berkata perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan sistem grid serta menangani cabaran keseimbangan penawaran dan permintaan termasuk mempercepat pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah strategik serantau.

Anwar berkata Malaysia dan ASEAN akan terus berusaha untuk kekal berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan global melalui kerjasama erat serta pendekatan berpaksikan kepentingan rakyat. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video