Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 April 2026.

1. SUKMA wajar ditangguh sehingga krisis Asia Barat selesai - Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai.

2. 36 jemaah umrah terkandas: MOTAC batal lesen syarikat Al Aisy Travel & Tour Sdn Bhd

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Aisy Travel & Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 31 Mac lepas, susulan insiden 36 jemaah Malaysia terkandas di Arab Saudi sebelum ini.

3. Pengisytiharan turunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak diiktiraf - MB

Tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong, pada Ahad, tidak boleh diterima atau diiktiraf.

4. Kerajaan diminta campur tangan isu catuan feri Langkawi

Kerajaan diminta campur tangan bagi menyelesaikan isu catuan perjalanan feri ke pulau peranginan ini, yang didakwa memberikan kesan kepada industri pelancongan serta kehidupan harian penduduk setempat.

5. Sultan Selangor gesa kerajaan negeri segera tangani isu banjir

Sultan Sharafuddin sekali lagi menasihati kerajaan negeri supaya memberi keutamaan penuh terhadap usaha menangani masalah banjir.

6.  Sebuah lagi kapal Malaysia dari Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini

Sebuah lagi kapal Malaysia membawa bahan api yang berjaya melalui Selat Hormuz dijangka tiba selewat-lewatnya hujung minggu ini.

7. Jaminan pembiayaan RM5 bilion, kelonggaran e-Invois bantu PMKS susulan krisis tenaga global - PM Anwar

Perdana Menteri mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan PMKS susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat.

8. Ahmad Zahid nafi kerajaan ingin tangguh PRN kerana takut kalah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kerajaan Perpaduan bercadang menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor kerana takut kalah pada pilihan raya berkenaan.

9. Aktres Malaysia Fish Liew menang Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong

Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, membanggakan negara apabila merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44, malam tadi.

10. Harga bekalan makanan kekal stabil - FAMA

Harga bekalan makanan dan keperluan hasil pertanian negara kekal stabil meskipun berlaku kenaikan harga diesel ketika ini, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri.

Must Watch Video