Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Berita palsu berleluasa, PM Anwar mohon PDRM, MCMC ambil tindakan sewajarnya

SHAH ALAM, 27 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pengamal media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
PM Anwar menyeru PDRM dan MCMC bertindak terhadap berita palsu berkaitan harga minyak dan elektrik yang membebankan rakyat ketika krisis global.

PUTRAJAYA: Tempias akibat konflik Asia Barat kini dirasai di seluruh dunia, termasuk Malaysia, sehingga menyebabkan rakyat bekerja dalam keadaan yang luar biasa dengan cabaran yang meningkat.

Namun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan tersebut tidak mungkin memadamkan karenah orang-orang yang terus berdusta, membenci, melakukan sabotaj dan khianat. 

Ujarnya, banyak laporan tentang berita-berita palsu berhubung kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, atau dasar-dasar yang tidak benar muncul sehingga memaksa Kerajaan memohon kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Maka, kita tidak ada pilihan melainkan memohon pihak berkuasa, baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan, kerana setakat ini MCMC telah mengesan 96 kandungan berita palsu mengenai harga minyak dan elektrik di media sosial. 

“Tujuan apa? Rakyat susah, negara tercabar dan terpaksa mengambil tindakan akibat peperangan di kawasan negara lain tetapi yang mereka teruskan ialah langkah khianat kepada negara dan kepada rakyat…

“… dengan memperhebahkan cerita palsu, memperjudikan nasib rakyat semata-mata untuk meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit,” katanya dalam dalam taklimat khas yang disiarkan pada Rabu.

Justeru, Anwar berkata, beliau menyeru rakyat memilih, menyaring berita dan mencari fakta yang betul.

“Cuba sama-sama memantau keadaan, semak dengan rapi dan mengambil langkah untuk menyelamatkan keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita,” katanya lagi.

Must Watch Video