Skip to main content

Hiburan

Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?

TB_TAYLOR SWIFT TRAVIS KELCE_IG TAYLOR SWIFT
Spekulasi berkenaan tercetus selepas laporan eksklusif mendakwa kad jemputan Save‑the‑Date telah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan ahli keluarga kedua-dua bintang tersebut. -Foto Instagram Taylor Swift

NEW YORK: Khabar angin mengenai tarikh perkahwinan pasangan selebriti antarabangsa, Taylor Swift dan Travis Kelce, kembali menjadi perhatian peminat apabila laporan terbaharu mendakwa pasangan itu berkemungkinan disatukan pada 3 Julai 2026.

Spekulasi berkenaan tercetus selepas laporan eksklusif mendakwa kad jemputan Save‑the‑Date telah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan ahli keluarga kedua-dua bintang tersebut.

Memetik laporan Page Six, majlis perkahwinan itu dikhabarkan bakal berlangsung di New York, sekali gus menepis spekulasi terdahulu yang mengaitkan lokasi majlis di kediaman Swift di Rhode Island.

Pemilihan tarikh 3 Julai itu dilaporkan mempunyai nilai simbolik tersendiri kerana bersempena hujung minggu sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS), selain bertepatan dengan ulang tahun ke‑250 negara berkenaan pada 2026.

Bagaimanapun, setakat ini pihak pengurusan Taylor Swift dan Travis Kelce masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi berhubung khabar angin tersebut.

Kelce, yang merupakan bintang Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) bersama pasukan Kansas City Chiefs, kini sedang menjalani tempoh luar musim sebelum kembali ke kem latihan pada penghujung Julai.

Perkembangan terbaharu itu terus mencetuskan keterujaan peminat di media sosial, meskipun segala perancangan perkahwinan pasangan berkenaan kekal sebagai spekulasi buat masa ini.

Must Watch Video