Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Bekalan Aidilfitri cukup, jangan buat pembelian panik - Menteri KPDN

SEREMBAN, 15 Feb -- Orang ramai beratur di kaunter pembayaran selepas membeli barangan keperluan dapur sebagai persiapan awal menjelang Ramadan di sebuah pasar raya di Seremban 2 hari ini.  Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan kira-kira 8.1 juta penerima telah menebus bantuan SARA Untuk Semua bernilai RM100 secara sekali bayar setakat Jumaat lepas dengan perbelanjaan hampir RM780 juta.  Beliau berkata inisiatif itu mendapat sambutan amat menggalakkan dan membantu meringankan kos sar
KPDN akan terus memantau bekalan di pasaran bagi memastikan tiada gangguan sepanjang musim perayaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan menjelang Aidilfitri mencukupi meskipun dunia berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik kerana kerajaan telah membuat pemantauan awal bersama agensi berkaitan serta pemain industri.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan setiap kementerian mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa masing-masing serta menyediakan unjuran dan pelan kontigensi.

“Perdana Menteri telah memberikan arahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu minggu lepas agar setiap kementerian bertindak berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

“Pertama, melaksanakan pemantauan segera. Kedua, menyediakan unjuran dalam jangka masa segera, sederhana dan panjang,” katanya dalam sidang media pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di ibu negara pada Selasa.

Pada masa sama, Armizan menegaskan KPDN akan terus memantau bekalan di pasaran bagi memastikan tiada gangguan sepanjang musim perayaan.

“Jangan khuatir dan tidak perlu ada pembelian panik untuk perayaan ini. Bekalan dalam negara adalah mencukupi. Kita telah membuat persiapan awal bersama Kementerian Pertanian serta pemborong, pengeluar dan peruncit,” katanya lagi.

Beliau menambah, bekalan yang disediakan bukan sahaja bagi menampung keperluan pada hari pertama Aidilfitri, malah mengambil kira tempoh sambutan yang lazimnya berlanjutan sehingga sebulan melalui penganjuran rumah terbuka.

Must Watch Video