Skip to main content

Malaysia

Kes pijak al-Quran: 62 laporan diterima, 43 saksi dirakam keterangan

KUANTAN, 23 Jun -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap berhubung isu kecurian kabel di tapak binaan laluan ECRL antara Gebeng-Gambang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yahaya berkata, setakat ini seramai 43 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menerima sebanyak 62 laporan dari seluruh negara berhubung penularan foto memijak al-Quran di media sosial yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, setakat ini seramai 43 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Suspek sebelum ini direman bermula 25 Februari sehingga 28 Februari 2026 sebelum perintah tahanan disambung dari 1 Mac hingga 3 Mac bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Mac ini untuk mendapatkan nasihat serta arahan lanjut selaras Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta sensitiviti agama.

Tegas beliau, polis akan menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara.

Must Watch Video