Skip to main content

Malaysia

Kerajaan jamin tiada dasar subsidi mengejut, lindungi rakyat berpandukan data - Fadillah

KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap semasa Sesi Taklimat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Serbaguna Parlimen, Bangunan Parlimen hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Fadillah menegaskan pendekatan yang diambil kerajaan adalah berlandaskan kepada penelitian data yang menyeluruh, dan bukannya keputusan dibuat secara terburu-buru. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang perubahan dasar mengenai jaminan subsidi bahan api secara mengejut, meskipun krisis geopolitik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan pendekatan yang diambil kerajaan adalah berlandaskan kepada penelitian data yang menyeluruh, dan bukannya keputusan dibuat secara terburu-buru. 

Beliau berkata kerajaan sedar akan cabaran konflik di Asia Barat yang mungkin berlarutan bagi tempoh satu hingga dua tahun, namun setiap langkah diambil akan mengutamakan perlindungan kepada majoriti rakyat.

“Jadi, ini sudah pasti cabaran yang kita tahu dan dari situlah kita kena melihat pada data apa yang perlu kita laksanakan untuk memastikan bekalan tenaga kita terjamin, rakyat akan terlindung, pertumbuhan ekonomi terus berkembang, pihak industri dibantu mengikut apa yang dilakukan sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Bernama Radio, membincangkan topik “Krisis Geopolitik Pacu Peralihan Tenaga Malaysia” di Wisma Bernama di sini hari ini.

 

 

Must Watch Video