Skip to main content

Malaysia

Kedutaan Arab Saudi tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak berhubung pengurusan haji 2022

81634450307_TBMEKAH.jpg
KUALA LUMPUR: Kedutaan Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur menegaskan ia tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak Malaysia dalam urusan pengaturan haji tahun ini (1443H/2022).

Kedutaan berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis, menjawab pertanyaan berhubung beberapa iklan oleh - syarikat-syarikat Malaysia yang mempromosikan pakej dan program pelancongan untuk menunaikan haji tahun ini.

Kedutaan tidak akan bertanggungjawab mengenai perkara itu, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video