Skip to main content

Malaysia

Kebakaran Wisma Jakel dipercayai akibat litar pintas

71672548130_TBjakel.jpg
SHAH ALAM: Lintar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

BACA: Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus

"Kita menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

"Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.



Pada Ahad, bangunan tiga tingkat menempatkan Wisma Jakel itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6.40 pagi.

Kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan. -Sinar Harian



Must Watch Video