Skip to main content

Malaysia

Kebakaran longgokan sampah haram di Kampung Serdang terkawal, tiada mangsa dilaporkan - JBPM

JBPM SELANGOR
Kebakaran melibatkan kawasan longgokan sampah berkeluasan kira-kira 10x40 kaki persegi dengan dua titik panas dikesan. -Gambar JBPM

KUALA SELANGOR: Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan longgokan sampah domestik haram di Batu 14, Kampung Serdang, di sini, sejak pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 11.33 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah ke lokasi dan tiba 27 minit kemudian.

Menurut Komander Operasi, PBK I Ismayudin Ibrahim, kebakaran melibatkan kawasan longgokan sampah berkeluasan kira-kira 10x40 kaki persegi dengan dua titik panas dikesan.

Image
JBPM SELANGOR

Seramai 11 anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) terlibat dalam operasi pemadaman, dengan bantuan Unit Pantas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Image
JBPM SELANGOR

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman masih diteruskan.

Must Watch Video