Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara

81580129167_Netizen.jpg
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang Ahad di Felda Cerul 2 Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mangsa telah ditikam di bahagian dada oleh suspek yang berusia 26 tahun.

Menurutnya mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa ditikam dengan menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada.

Menurut Hanyan lagi pihaknya juga berjaya memberkas suspek yang juga merupakan penganggur sejurus kejadian itu.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Must Watch Video