Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam bilik

https://www.sinarharian.com.my/article/769947/berita/semasa/kanak-kanak-lelaki-ditemui-rentung-dalam-bilik
Lokasi mayat mangsa ditemukan dalam keadaan rentung. - Foto/ Bomba Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini terbakar pada Ahad.

Maklumat kejadian diterima Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur melalui talian NG999 pada jam 2.59 petang.

Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan satu unit rumah di tingkat 10 bangunan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.17 petang.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video