Skip to main content

Malaysia

Hujan lebat punca tanah runtuh di JRTB

61609952166_JRTB.jpg
IPOH:Orang ramai yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) terutama dari arah Gerik diminta berhati-hati berikutan terdapat kejadian tanah runtuh petang semalam disebabkan hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata kejadian tanah runtuh pada 2.45 petang semalam berlaku kira-kira lima kilometer (km) sebelum kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, ketinggian runtuhan tanah adalah 20 meter (m) manakala panjang kawasan terlibat 40 m.

"Berikutan itu, hanya satu lorong dibuka di sekitar kawasan terlibat selain papan tanda amaran turut dipasang," katanya kepada Bernama.

-- BERNAMA



Must Watch Video