KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini melaporkan bahawa daerah Kota Setar di Kedah masih berada pada Tahap 2, iaitu gelombang haba.
Laporan sama turut memaklumkan bahawa tiga negeri melibatkan 14 daerah berada pada Tahap 1, iaitu tahap berjaga-jaga.
Berdasarkan laporan setakat jam 4 petang tadi, di Kedah, daerah yang terlibat ialah Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Baling.
Di Perak pula melibatkan Kuala Kangsar dan Hulu Perak.
Manakala di Kelantan, kawasan terjejas ialah Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai, sementara di Pahang melibatkan Jerantut dan Maran.
Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Manakala gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh yang sama.