Skip to main content

Gaya Hidup

In Gear: Meneroka masa silam dengan kereta-kereta retro

61365010299_295x200.jpg
Pada minggu ini, IN GEAR akan mengenang kembali kereta-kereta lagenda. Pertama sekali, bersiap sedia untuk meneroka kembali masa silam anda bersama DRIVE dengan jentera-jentera moden dan retro seperti edisi The Beetle dari Volkswagen.

Dari satu lagenda ke satu lagenda yang lain, kita kemudiannya akan menuju ke Sepang dalam CLUB SPORT untuk menyertai ‘Pengalaman Memandu Porsche’ menerusi edisi terbarunya, Cayman S.

Kemudian, hiasi kereta anda dengan aksesori dari Stikojet dalam FIY. Akhir sekali, dalam SHOWDOWN, saksikan ‘perhitungan’ antara Suzuki Swift keluaran terkini dan Kia Rio.

Saksikan IN GEAR pada Selasa (4 Jun) jam 8.30 malam.

Must Watch Video