Skip to main content

Gaya Hidup

Dua suspek serangan di Paris tidak pernah masuk Malaysia - KPN

61420884086_295x200.jpg
Dua suspek yang terlibat dalam serangan ke atas anggota polis wanita di timur Paris Khamis lepas, Amedy Coulibaly dan pasangannya Hayat Baumeddiene tidak pernah memasuki Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan itu di laman Twitternya petang tadi.



Pasangan itu menyerang sebuah pasar raya di timur Paris dan menjadikan lima orang sebagai tebusan.

Coulibaly bagaimanapun terbunuh dalam serbuan polis manakala Baumeddiene berjaya meloloskan diri.

Serbuan itu turut mengorbankan nyawa empat tebusan.

Must Watch Video