TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran mengenai akibat tindakan “provokatif” Amerika Syarikat di Teluk dan Selat Hormuz semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar China, Wang Yi.
Agensi berita ISNA Iran melaporkan, Araghchi menegaskan, kehadiran dan penempatan AS di laluan perairan strategik tersebut akan membawa kepada keadaan yang lebih “rumit” di rantau berkenaan, sambil menyatakan pergerakan itu merupakan ancaman langsung terhadap kestabilan serantau.
Sebagai reaksi dan menurut laporan ISNA, Menteri Luar China memuji “ketabahan” rakyat Iran sepanjang konflik tersebut.
Wang Yi turut menegaskan, kesediaan Beijing untuk membantu memajukan usaha diplomatik dan menamatkan sepenuhnya permusuhan yang berlaku, tambah laporan itu.