Skip to main content

Dunia

20,000 pelaut, 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz - IMO

A hovercraft moves past the Jag Vasant vessel transferring LPG at a port after transiting the Strait of Hormuz amid supply disruptions linked to the U.S-Israeli conflict with Iran, in Mumbai, India, April 1, 2026. REUTERS/Francis Mascarenhas
Proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara. - Foto fail/REUTERS

TEHRAN: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

IMO sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan hampir 20,000 pelaut dan sekitar 2,000 kapal yang terkandas di Selat Hormuz, menurut laporan media pada Rabu.

Setiausaha Agung IMO Arsenio Dominguez berkata proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara, memandangkan Selat Hormuz hanya kira-kira 30 kilometer lebar dan risiko keselamatan masih tinggi.

-- BERNAMA-MNA

 

 

Must Watch Video