Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Dr Noor Hisham nafi letak jawatan KP Kesihatan

41606735492_NoorHishamAbdullah.jpg
KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan mesej tular yang kononnya beliau telah meletakkan jawatan.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun media sosialnya, Dr Noor Hisham berkata penularan berita palsu itu turut mengelirukan rakyat.

"Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai," katanya.

Antara kandungan mesej tular itu turut mengaitkan peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.


Must Watch Video