Skip to main content

Malaysia

Cuaca buruk: Pesawat Malindo Air ke Sabah terpaksa mendarat di Kuching

41455291465_950x600.jpg
Sebuah pesawat milik syarikat Malindo Air yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah terpaksa berpatah balik dan memohon untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 5.38 petang tadi akibat cuaca buruk.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah dimaklumkan bahawa pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik akibat cuaca buruk dan mengalami  kekurangan minyak.

Pesawat berkenaan kemudiannya telah memohon kebenaran bagi membuat pendaratan di LTAK.

"Sebaik menerima maklumat berkenaan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah  mengarahkan Balai Bomba Tabuan Jaya dan Balai Bomba Batu Lintang untuk bergerak ke  LTAK untuk memberi bantuan yang diperlukan,” kata jurucakap itu.

Sementara itu, menurut Pengurus Kanan LTAK, mohd nadzim hashim, pesawat berkenaan telah mendarat dengan selamat di Kuching pada jam 5.45 petang dimana kesemua 167 orang  penumpang termasuk anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan dilaporkan selamat.

Selepas mengisi minyak, pesawat terbabit berlepas semula ke Kota Kinabalu pada jam 6.42 petang.

Must Watch Video