Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 1,360 kes baharu, satu kematian dicatat

61662625098_LaurenNichols.jpg
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Ahad turun ke 1,360 kes berbanding 1,626 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data kkm di portal COVIDNOW, satu kes kematian dicatat pada Ahad dan kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,097 dengan 23,075 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 977 kes dirawat di hospital dengan 28 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,271 kes sembuh.




Must Watch Video