Skip to main content

Teknologi

Cloudflare perkenal kebolehan untuk halang bot AI curi kandungan web

81720171912_Cloudflare.jpg
CLOUDFLARE hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu, iaitu kebolehan untuk menghalang bot AI daripada melayari web-web anda, sekali gus mengelak bot berkenaan untuk “mencuri” kandungan web bagi tujuan melatih model bahasa raya masing-masing.

Untuk makluman, ramai pembangun web sedia menggunakan robots.txt untuk tujuan berkenaan.

Namun, terdapat beberapa pembangun yang tidak menghormatinya, dan melanggar dalam mencuri kandungan.

Melalui penawaran Cloudflare terbaharu ini, ia dijangka akan membantu mengatasinya.

Bagi pengguna Cloudflare, anda hanya perlu ke halaman Security > Bots, dan seterusnya mengaktifkan ciri “AI Scrapers & Crawlers”.

Ciri ini juga turut ditawarkan kepada pengguna pelan percuma Cloudflare. -Amanz


Must Watch Video