Skip to main content

Malaysia

Cadangan RUU IPCMC dibentang sebelum 25 Nov

41571239670_LiewVuiKeong.jpg
Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan supaya cadangan penambahbaikan kepada Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dibentangkan selewat-lewatnya 25 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang mengemukakan usul itu berkata, cadangan itu sebelum ini dijadual dibentangkan selewat-lewatnya 18 November ini.

Bagaimanapun, katanya Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU itu memerlukan lebih masa untuk meneliti isu yang berkaitan.

β€œBahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang memerlukan lebih masa bagi membolehkan Jawatankuasa ini meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dengan lebih menyeluruh dan mendalam sebelum menyedia dan membentangkan penyatanya kepada Dewan ini.

β€œBahawa Majlis membuat ketetapan melanjutkan tarikh bagi Jawatankuasa Pilihan Khas ini membentangkan suatu penyata yang mengandungi cadangan penambahbaikan kepada rang undang-undang tersebut kepada Dewan ini tidak lewat daripada hari Isnin, 25 November 2019,” katanya ketika membentangkan usul mengenai perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu memutuskan supaya RUU IPCMC 2019 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen selepas 30 wakil rakyat membahaskannya.

Ketetapan itu dibuat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas Vui Keong mengusulkan perkara tersebut yang bertujuan memperincikan lagi RUU itu termasuk mengemukakan penambahbaikan.

Must Watch Video