Skip to main content

Malaysia

Bukan hanya turunkan harga, malah tingkatkan pendapatan - Hamzah Zainuddin

41439878552_datukhamzahzainudd.jpg
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan menjadi inisiatif kerajaan untuk bukan hanya mengurangkan harga barang malah membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

"Jadi inisiatif kerajaan bukannya nak mengurangkan harga, inisiatif kerajaan adalah untuk membantu dari segi pendapatan mereka.

"Jadi ada perbezaan antara harga barang dan inisiatif untuk mendapatkan pendapatan yang lebih," kata Hamzah selepas menyempurnakan Pameran Kreatif Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 hari ini.

Justeru, tegas Hamzah kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan kos barangan sebaliknya ia merupakan kehendak peniaga.

"Kena faham, bahawa produk-produk atau barang-barang yang kita minta turun ini bukan di tangan kerajaan.

"Penawaran dan permintaan...ini terpulang kepada peniaga-peniaga sendiri, cuma harganya mesti berpatutuan," jelas Hamzah.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan UMNO pada persidangan kali ini yang menjerumus kepada isu kenaikan kos sara hidup terutama membabitkan mereka yang hidup di bandar.

Dalam sesi perbahasan, Perwakilan Pulau Pinang, Datuk Musa Mohd Kassim menyindir menteri-menteri bertanggungjawab yang dikatakan gagal menurunkan harga barang sekali gus memberi beban kepada kepada rakyat.

Musa juga mahu menteri-menteri bertanggungjawab supaya memberi jawapan yang munasabah kepada permasalahan rakyat supaya ia boleh diterima bukan menjadi bahan kecaman.

Must Watch Video