ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Mei 2026.
Sultan Ibrahim bertitah ibu adalah guru pertama, pelindung dan pembentuk karakter manusia yang bakal mencorak masa depan bangsa.
2. Hubungan Malaysia-Rusia terus berkembang secara konsisten - Sultan Ibrahim
Seri Paduka Baginda, bertitah sejak tahun 1967, kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang secara konsisten menjadi hubungan yang kukuh dan produktif.
Fenomena tersebut menunjukkan bahawa perpaduan nasional yang sekian lama dipupuk kini semakin teruji.
4. PM umum tambahan peruntukan RM50 juta kepada MITRA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada agensi itu meningkat kepada RM150 juta.
5. Kerajaan teliti cadangan tarik subsidi minyak golongan kaya - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menarik subsidi minyak terhadap golongan berpendapatan tinggi, termasuk kumpulan T15 dan T20.
6. Hantavirus: Saringan dipertingkat di pintu masuk, lebih 20,000 kapal diperiksa – Dr Dzulkefly
Malaysia telah mempertingkatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa bagi menyekat kemasukan hantavirus ke dalam negara.
7. Polis tolak dakwaan berat sebelah dalam tindakan dua kes kemalangan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan mengamalkan tindakan berat sebelah dalam dua kes kemalangan maut, baru-baru ini.
Cadangan had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun merupakan sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Bekas pembantu khas Ahli Parlimen antara tiga individu akan didakwa esok - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
10. Media yang kukuh penting untuk Malaysia hadapi cabaran iklim, AI
Membina landskap media yang kukuh, bebas dan berwibawa penting untuk Malaysia dalam menangani cabaran dibawa perubahan iklim serta kemajuan pesat kecerdasan buatan (AI), kata Timbalan Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM) Premesh Chandran.