ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Mei 2026.
1. Kes tikam 61 kali: Mangsa selamat dikebumi, keluarga mohon beri ruang bertenang
Ahli keluarga penuntut kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan semalam, meminta mereka diberikan ruang untuk bertenang susulan kejadian tragis itu.
2. Kes tikam 61 kali: Empat suspek direman tiga hari
Dua remaja lelaki direman tujuh hari manakala dua warga emas termasuk seorang wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penuntut kolej perempuan dengan 61 kesan tikaman yang ditemukan di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu, semalam.
3. Polis sahkan satu lagi kejadian warga asing maut jatuh di KLIA Terminal 2
Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, malam tadi.
4. Kanak-kanak hanyut: Mangsa sering bermain di kawasan kejadian - Ibu
Kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras semalam, dikatakan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu.
5. Kemelut DUN: UMNO Negeri Sembilan rela jadi pembangkang - Jalaluddin
Beliau menegaskan pihaknya tidak boleh berkompromi dengan sebarang kegagalan dalam mengurus kemelut Dewan Undangan Negeri (DUN).
6. Kes tikam 61 kali: Punca kematian akibat tikaman berganda di dada
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami pelbagai kesan tikaman dengan jumlah 61 tikaman di beberapa bahagian badan termasuk dada.
7. KKM tubuh Pasukan Petugas Khas teliti isu kekurangan doktor, pakar perubatan negara
Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Antara Kementerian bagi meneliti isu kekurangan doktor dan pakar perubatan termasuk aspek pengekalan bakat dalam sektor kesihatan negara.
8. Melangkah ke fasa baharu, Radin terima isteri dan tiga anak sebagai satu amanah
PENGACARA dan penyampai radio ERA, Radin meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar suami kepada suri pilihan hatinya iaitu, Nur Amirah Shamsulbahrin pada Jumaat.
9. Rafizi dipanggil rakan keterangan Isnin ini - SPRM
Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli akan dipanggil bagi dirakam keterangan Isnin ini berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari United Kingdom (UK).
10. UMNO 80 tahun: Ahmad Zahid garis lima aspirasi UMNO dalam tempoh dua dekad akan datang
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggariskan lima aspirasi utama yang perlu digalas parti itu dalam tempoh dua dekad akan datang bagi memastikan kelangsungan peranan dan kerelevanan dalam landskap politik negara.