Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 April 2026.

1. Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci

Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.

2. LTSIP kini lapangan terbang domestik paling moden, cantik di Malaysia

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, kini diiktiraf sebagai lapangan terbang domestik paling moden dan cantik di negara ketika ini.

3. Potong gaji menteri: Saya sedia terima arahan PM - Fahmi

Cadangan untuk memotong gaji jemaah menteri dalam menjimatkan perbelanjaan negara ketika menghadapi krisis, pernah dibincangkan namun ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. 85 peratus rakyat tidak terkesan harga pasaran diesel - PM Anwar

Perdana Menteri berkata hanya 15 peratus rakyat terkesan dengan kenaikan harga bahan api itu berikutan krisis tenaga global pada masa ini.

5. Iran kembali perketat kawalan Selat Hormuz - IRGC

IRGC menuduh Amerika Syarikat meneruskan tindakan lanun dan kecurian maritim dengan menggunakan alasan sekatan yang disifatkan tidak sah.

6. KT01 selamat tiba di Madinah, buka tirai musim haji 1447H

Seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di bumi Madinah sebagai kumpulan pertama (KT01) bagi musim haji 1447H/2026M, sekali gus menandakan permulaan rasmi operasi haji tahun ini.  

7. Kepelbagaian budaya, tradisi asas kukuh perpaduan negara - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa sambutan seperti Pesta Vaisakhi bukan sahaja meraikan tradisi masyarakat Sikh, tetapi lebih penting lagi, ia menyemarakkan semangat perkhidmatan, kebersamaan, dan keadilan yang menjadi teras kepada kekuatan negara.

8. Kerajaan tumpu pastikan bahan mentah peranti perubatan mencukupi - Dzulkefly

Kerajaan memberi tumpuan memastikan bekalan bahan mentah untuk pengeluaran peranti perubatan sentiasa mencukupi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

9. 'Saya kembali kepada UMNO tanpa tuntutan' - Khairy

Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan beliau kembali kepada parti itu bukan dengan sebarang tuntutan, sebaliknya tekad untuk berkhidmat serta menyumbang sebaik mungkin demi memperkukuh parti.

10. Anwar gesa kepimpinan PKR fokus kepada rakyat, elak perbalahan

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kepimpinan pada setiap peringkat supaya tidak leka dan membuang masa dengan perbalahan remeh, sebaliknya fokus pada tanggungjawab mereka kepada rakyat.

 

 

Must Watch Video