ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Mac 2026.
Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa
Empat individu terdiri ibu kandung, bapa tiri serta datuk dan nenek mangsa, berusia antara 27 hingga 53 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan.
Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2
Empat daerah di Kedah, iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.
Mayat lelaki ditemukan rentung bersama motosikal di ladang
Polis telah menahan dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun kira-kira jam 1 pagi tadi bagi membantu siasatan kes tersebut.
KPM perlu rangka pelan jangka panjang tangani gangguan persekolahan akibat cuaca panas - Anuar
Kementerian Pendidikan (KPM) disaran merangka pelan tindakan jangka panjang bagi menangani gangguan sesi persekolahan akibat perubahan iklim, khususnya fenomena gelombang panas yang semakin kerap melanda negara.
AMK gesa henti politik isu subsidi petrol, fahami realiti ekonomi global
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu penyelarasan subsidi petrol, tanpa memahami realiti ekonomi global dan kedudukan fiskal negara.
Buang sampah: 78 individu jalani perintah khidmat masyarakat semalam
Sebanyak 78 individu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) atas kesalahan membuang sampah kecil di enam negeri semalam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Konflik Asia Barat: Kerajaan terus perkukuh sistem makanan, pastikan bekalan cukup - Mohamad Sabu
Kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan akses kepada rakyat sentiasa terjamin ketika berhadapan dengan konflik di Asia Barat.
Cuaca panas: PdPR di Kedah dilanjut jika suhu kekal Tahap 2
Perlaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di daerah Pendang dah Kota Setar akan dilanjutkan sekiranya suhu harian di kedua-dua daerah berkenaan kekal pada Tahap 2 bermula hari ini sehingga Selasa.
- Dua individu ditahan bersabit insiden main mercun dari 'sunroof' kereta sedang bergerak
Polis menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita semalam, bersabit insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15, Shah Alam.
- Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk
Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, di sini, kira-kira jam 11.40 pagi